BN masih terkial-kial pulihkan semula sokongan orang Melayu – PAS Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) masih terkial-kial untuk memulihkan sokongan orang Melayu dan orang muda terhadap UMNO kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabbar.

Katanya, formulasi gabungan BN/Pakatan Harapan (PH) telah mencabut keyakinan dan sokongan rakyat yang kelihatan begitu yakin dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) untuk memerintah Malaysia.

Msnurutnya lagi, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 6 Negeri menyaksikan BN bertanding sebanyak 108 kerusi dan hanya menang 19 kerusi sahaja.

“BN/UMNO semakin sayup dari pandangan pengundi Melayu dan orang muda,

“Setakat ini BN kelihatan masih terkial-kial untuk pulihkan semula keyakinan orang Melayu terhadap UMNO, formulasi gabungan BN/PH telah mencabut keyakinan dan sokongan rakyat yang kelihatan begitu yakin dengan gabungan PN untuk memerintah Malaysia.” Kata Rosli yang juga Ahli Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur menerusi catatan Facebooknya pada Khamis.

Katanya lagi, situasi di Pahang, BN banyak kehilangan kerusi dari ledakan orang muda yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lepas, PN memperolehi 17 kerusi, BN 17 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) 8 kerusi di Dewan Undangan Negeri Pahang.

“PN – 17 kerusi, BN – 17 kerusi dan PH – 8 kerusi di Pahang. BN kehilangan banyak kerusi kesan dari ledakan undi orang muda yang menyokong PN.

“PRN 6 Negeri pula menyaksikan BN bertanding sebanyak 108 kerusi dan hanya menang 19 kerusi. Kali ini BN berhadapan pula dengan kemarahan orang Melayu kerana BN bergabung dengan DAP/PH,” katanya lagi.

Tambah Rosli lagi, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kulai, Simpang Jeram dan Pelangai yang bakal berlansung dalam masa terdekat adalah medan terbaik untuk BN melihat sejauh mana keberkesanan gabungan PH/BN.

Jarak masa yang singkat antara prn 6 negeri dan prk Kulai, Simpang Jeram dan Pelangai, tidak mungkin sempat untuk BN/UMNO pulihkan kembali sokongan orang muda dan pengundi Melayu seperti dahulu, ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat