Poster Boy, Puad jangan pecah-belahkan parti – Umno Sabak Bernam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO sudah membuat keputusan menamakan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri juga ‘poster boy’ bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) maka tidak perlu lagi cakap-cakap yang menuntut perkara itu dirombak.

Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Dr Abd Rahman Bakri berkata, sebelum ini ‘poster boy’ telah dipersetujui di peringkat biro politik, top 5 dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sepakat memilih Ismail Sabri.

“Saya berpandangan, kita tak perlu membuat sebarang kenyataan yang mendahului struktur parti.

“Sebelum ini ‘poster boy’ telah dipersetujui di peringkat biro politik, top 5 dan MKT. Maka sebarang kenyataan yang akan dikeluarkan oleh individu atau bahagian selepas ini mesti merujuk terlebih dahulu dari pandangan dan keputusan struktur parti,” katanya kepada Suara.tv pada Rabu.

Tegas Abd Rahman, adalah tidak molek individu tampil dengan kenyataan yang mengundang pecah-belah dan menggugat perpaduan ahli-ahli parti.

“Sebagai ahli parti yang setia dan sayangkan parti kita harus akur dan patuh apa jua keputusan yang telah dibuat di peringkat Top 5, biro politik dan seterusnya di peringkat MKT.

“Jangan ada cerita-cerita yang tidak sahih atau pandangan-pandangan peribadi yang boleh memecahkan perpaduan ahli-ahli parti,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Speaker DUN Johor yang juga ahli MKT, Datuk Dr Puad Zarkashi yang mendesak ‘poster boy’ diganti dengan logo Barisan Nasional (BN).

Kata Puad, imej ‘poster boy’ yang dipilih sebelum ini sudah lagi tidak relevan malah berisiko menjadi bola tanggung, ‘punching bag’ atau senjata makan tuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat