Gantikan ‘poster boy’ dengan logo BN – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO tidak lagi memerlukan ‘poster boy’ untuk mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana didakwa tidak lagi relevan.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, label dan status ‘poster boy’ berisiko menjadi bola tanggung, ‘punching bag’ atau senjata makan tuan.

“UMNO tidak memerlukan lagi ‘poster boy’ untuk PRU-15. Kini ia tidak lagi relevan. Ia boleh jadi bola tanggung, punching bag atau senjata makan tuan.

“Walaupun sudah ada keputusan, tetapi kalau sudah jadi liabiliti, elok batalkan sahaja ‘poster boy’. Manusia bernyawa mudah difitnah jika jadi ‘poster boy’,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Justeru kata Ahli Majlis Kerja (MKT) UMNO itu, adalah lagi baik logo Barisan Nasional (BN) dijadikan ‘poster boy’.

“Benda tak bernyawa memang sukar untuk difitnah. Lagi pun logo BN telah sebati kepada rakyat.

“Poster boy tidak boleh mereka yang over perasan dan lembik. Harapkan pagar, pagar makan padi,” bidas Puad.

Sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipilih sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU-15 yakni ‘poster boy’ untuk UMNO dan BN yang diputuskan oleh MKT UMNO pada April lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, keputusan MKT UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri memberi kestabilan dalam parti itu bagi menghadapi PRU-15.

“Jelas dalam UMNO kami bersepakat Perdana Menteri sedia ada adalah calon terbaik untuk kita tonjolkan sebagai poster boy kami. Tutup cerita, semua sudah selesai.

“Bagi saya menghadapi pilihan raya ini kita mesti uruskan rumah tangga kita dahulu. Kalau rumah tangga kita berkecamuk siapa yang akan kita tonjolkan belum tentu lagi, menjadi tanda tanya, itu tidak baik bagi parti.

“Apabila pucuk pimpinan sudah memutuskan ini, dalam parti lega, nampak stabil dan tidak timbul lagi masalah dalaman. Tiada lagi spekulasi, ini jelas menunjukkan kematangan UMNO.

“Jadi kita nak hadap masalah luaran, menyusun strategi dan untuk kita melihat apa strategi yang baik untuk kita hadapi pilihan raya ini dengan mengambil kira dalam parti kita sudah stabil. UMNO kini bersatu, tenang dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat