Puad liabilti UMNO, pentingkan diri – UMNO Tampin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya ada perubahan dalam keputusan parti berhubung pemilihan ‘poster boy’ bawalah ke meja perbincangan usah tampil dengan kenyataan kebudak-budakkan yang menyusahkan akar umbi.

Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa menyifatkan kenyataan tidak matang yang dilontarkan oleh Datuk Dr Puad Zarkashi yang mencadangkan ‘poster boy’ diganti dengan logo Barisan Nasional (BN) sebagai pentingkan diri dan membebankan.

“Keputusan telah dibuat (namakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri). Jika ada perubahan bawalah ke meja perbincangan.

“Kenapa nak membebankan lagi kami di peringkat akar umbi dengan kenyataan-kenyataan yang kebudak-budakan dan membuatkan ahli UMNO berada dalam situasi kebingungan,” katanya kepada Suara.tv pada Rabu.

Isam juga menegaskan bahawa sejarah telah membuktikan bahawa Puad adalah liabiliti kepada UMNO sejak dahulu lagi dengan tindak-tanduk mementingkan diri sendiri daripada parti.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Speaker DUN Johor yang juga ahli MKT, Puad yang mendesak ‘poster boy’ diganti dengan logo BN.

Kata Puad, imej ‘poster boy’ yang dipilih sebelum ini sudah lagi tidak relevan malah berisiko menjadi bola tanggung, ‘punching bag’ atau senjata makan tuan.

Dalam perkembangan sama, Isam menyeru supaya UMNO perlu bersolidariti dan bangkit kembali bukannya bercakaran sesama sendiri.

“Keputusan mahkamah telah dibuat dan Datuk Seri Najib Razak diperlakukan seolah beliau orang biasa yang tidak mendapat keadilan sewajarnya.

“Kita (UMNO) dah lalu semua proses dan sewajarnya kita fokus disaat 10 meter terakhir pecutan ini tanpa menoleh ke belakang lagi.

“Janganlah kita bercakaran sesama sendiri, sabar dan istiqamah dalam setiap tindakan.Ingat sejarah yang dah berlalu sebagai pedoman mendewasakan kita. Insyaallah kita di landasan yang terbaik untuk parti menguasai persada politik negara,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat