Jamal Tawar Diri Bantu Tunjuk Ajar KPN Tangani Premis Mesin Judi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) berhubung pendedahan beliau mengenai mesin judi haram di sekitar Ampang sejak 2015.

Pendedahan itu dilakukan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu dengan menghantar memorandum mengenai maklumat aktiviti perjudian itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada 19 Ogos lalu.

Jamal tiba di pekarangan Bukit Aman bersama dua peguamnya iaitu Datuk Mohd Imran Tamrin dan Hafiz Norkhan kira-kira jam 3.50 petang.

Beliau memasuki Bukit Aman 10 minit kemudian selepas menemui pemberita untuk memberi kenyataan mengenai kehadirannya di Ibu Pejabar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu.

Pada sidang medianya, Jamal mengulangi pendiriannya bahawa pendedahan mengenai aktiviti perjudian haram itu merupakan tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

“Saya harap akan bertemu dengan Ketua Polis Negara (KPN), yang saya tahu mempunyai pengalaman yang luas dari segi siasatan dan risikan, sebab itu polis Malaysia ini hebat.

“Saya menawarkan diri kepada KPN bagi membantu atau memberi tunjuk ajar walaupun beliau seorang yang sangat berpengalaman untuk membanteras dan menangani perkara ini.

“Jadi saya mohon KPN dan PDRM untuk menerima perkhidmatan saya ini dan saya tawarkan dengan cara yang percuma,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal sempat mengingatkan KPN agar tidak memandang remeh aktiviti perjudian haram yang beroperasi di sebalik premis Pusat Hiburan Keluarga (PHK) di sekitar Ampang.

“Dalam kes judi ini saya berpendapat dan melihat saya perlu memberikan tunjuk ajar kepada KPN untuk menyelesaikan perkara ini dengan pengalaman dan pengetahuan yang saya ada.

“Kalau tidak rakyat akan hilang keyakinan terhadap PDRM. Saya amat menghormati, menyayangi PDRM ini kerana tidak boleh dinafikan jasa PDRM.

“Jangan kerana aktiviti perjudian ini, nama baik PDRM akan tercemar dan hilang kepercayaan masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat