PRN Sabah: Pemuda PKR Sokong Guna Lambang Sendiri

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Pemuda PKR menyokong penuh penggunaan lambang sendiri pada Pilihan Raya Negeri Sabah, beberapa hari selepas Naib Pengerusi PKR Sabah, John Ghani, mahu soal itu ditentukan sendiri oleh PKR negeri.

Dalam pada itu, Pemuda PKR juga mencadangkan parti mengetengahkan calon muda pada PRN itu nanti.

“Kepentingan untuk meletakkan calon-calon muda adalah bukti pembudayaan politik baru masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Presiden Anwar Ibrahim mengumumkan partinya akan menggunakan lambang sendiri pada PRN nanti walaupun terdapat cadangan supaya Pakatan Harapan dan Warisan menggunakan 1 lambang.

John bagaimanapun berkata PKR Sabah harus diberi hak untuk memutuskan perkara itu, mengatakan penggunaan 1 lambang menandakan “solidariti” dan “kekuatan” PH Sabah berdepan PRN.

“Untuk memastikan kemenangan kita mesti melihat jauh ke depan dengan mengambil kira landskap politik semasa di Sabah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat