Penularan Covid-19 Di Pahang Berjaya Dikawal -Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang telah berjaya membendung penularan pandemik Covid-19 dan kesemua rangkaian kluster yang ada di negeri ini telah tamat semenjak bulan lepas.

Bagi kes positif terakhir yang didaftarkan di Pahang ialah pada 26 Julai lepas. Dimana melibatkan kes wargenegara Malayia yang telah disaring sebelum pembedahan di hospital dan pesakit  tersebut telah sembuh, kata Menteri Besar Pahang YAB Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail.

Semenjak kes pertama direkodkan pada 12 Mac lepas, sebanyak 29 kluster telah didaftarkan di negeri ini. Kluster yang terakhir ialah kluster yang melibatkan krew “Kapal Elsa” di Pelabuhan Kuantan, kata Wan Rosdy.

“Seramai 32,237 orang telah disaring dan 370 orang atau 1.15 peratus telah disahkan positif dan telah mendapat rawatan hospital. 363 pesakit telah sembuh dan tujuh kes mengalami komplikasi atau meninggal dunia, ujarnya ketika membuat Ucapan Penangguhan pada Mesyuarat kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, sebentar tadi.

Wan Rosdy dalam ucapan tersebut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada 8,000 petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang pandemik berlaku di Pahang.

“Sebagai menghargai mereka, kerajaan negeri telah meraikan mereka (barisan hadapan) pada majlis makan malam yang dianjurkan pada 18 Ogos lepas, katanya.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat