Shafie Nafi Intip Pergerakan ADUN Warisan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Tiada keperluan untuk menyembunyikan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan Sabah (Warisan) kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan yang dikemukakan oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Air Rakyat Sabah (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Menurut Presiden Warisan itu, kesemun Adun yang menyokongnya bebas bergerak ke mana sahaja tanpa sebarang sekatan.

“Apa keperluan saya untuk menyembunyikan ADUN daripada Warisan..mereka bebas untuk pergi ke mana sahaja dan meraka ada keluarga untuk dijaga.

“Kenapa saya perlu sembunyikan mereka ..di mana mereka? Saya baru balik dari Kuala Lumpur semalam dan saya menghadiri persidangan Parlimen,” katanya di Kota Kinabalu, hari ini.

Terdahulu Dr Jeffrey berkata Warisan mengunakan drone bagi mengintip pergerakan Adun mereka agar tidak meninggalkan parti itu.

Menurut DR Jeffrey tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan ada di kalangan Adun yang melompat sekaligus menyebabkan kerajaan pimpinan Shafie tumbang di Sabah.

“Kami bahkan telah melihat drone diterbang ke rumah beberapa pemimpin untuk mengintip siapa yang datang dan pergi,” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.

Sejak semalam, kerajaan negeri Sabah pimpinan Warisan dilaporkan bakal tumbang apabila beberapa wakil rakyatnya dikatakan akan keluar parti.

Sementara itu, Jeffrey yang juga ADUN Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau seterusnya meminta pemimpin Warisan dan DAP berhenti menuduh pemimpin pembangkang terutama bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman sebagai cuba ‘memikat’ wakil rakyat mereka. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat