KUALA LUMPUR, 24 Jun 2025 – Dalam landskap teknologi mudah alih yang semakin kompetitif, pelancaran HONOR Magic V5 bukan sekadar menandakan satu lagi produk baharu dalam siri telefon pintar boleh lipat. Ia sebenarnya membawa mesej yang lebih besar satu anjakan paradigma dalam cara kita melihat kebolehgunaan, reka bentuk dan fungsi telefon pintar masa depan.
Dengan rekod sebagai telefon boleh lipat flagship paling nipis di dunia hanya 8.8mm ketika dilipat HONOR tidak sekadar bermain dengan angka. Mereka membuktikan bahawa kenipisan bukan lagi pengorbanan kepada prestasi.Sebaliknya, ia menjadi lambang kematangan teknologi yang berjaya menyatukan keanggunan, kecekapan dan ketahanan dalam satu peranti yang revolusioner.
Satu masa dahulu, telefon boleh lipat dianggap sebagai eksperimen mewah atau produk ‘gimik’ untuk golongan tertentu sahaja. Tetapi HONOR Magic V5 membawa naratif baharu: telefon boleh lipat sebagai keperluan harian, bukan sekadar kemewahan.
Dengan reka bentuk ultra nipis yang setanding syiling 50 sen, Magic V5 bukan sahaja mudah dibawa ia praktikal, selesa dalam poket atau clutch dan cukup bergaya untuk pengguna moden yang sentiasa bergerak. Ia memperlihatkan bagaimana HONOR memahami kehendak pengguna masa kini yang menuntut teknologi canggih tanpa mengorbankan keselesaan atau gaya.
Walaupun berprofil nipis, Magic V5 tidak kompromi dari segi prestasi. Ia dilengkapi pelbagai ciri penambahbaikan dalaman untuk pengalaman multitugas yang lancar, menjadikannya sesuai untuk profesional, pelajar, mahupun pengguna kasual yang sentiasa bertukar antara kerja, hiburan dan komunikasi.
Daripada kemampuan paparan dua skrin hinggalah ke ciri-ciri pintar dalam antara muka, Magic V5 seolah-olah memadam sempadan antara telefon pintar bar konvensional dan tablet. Inilah bentuk mobiliti sebenar yang dibawa oleh telefon boleh lipat generasi terkini.
HONOR mengesahkan bahawa Magic V5 bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia, menjadikan negara ini antara pasaran terawal menikmati peranti canggih ini. Ia satu isyarat penting bahawa Malaysia kini dilihat sebagai medan penting dalam strategi global HONOR bukan sekadar pasaran pengguna, tetapi sebagai komuniti pencetus trend.
Sambutan awal yang sangat menggalakkan di media sosial membuktikan bahawa rakyat Malaysia bersedia untuk menerima perubahan khususnya bila teknologi ditawarkan dalam bentuk yang relevan, praktikal dan premium.
Dalam langkah luar biasa, HONOR membuka Program Beta Experiencer untuk Magic V5, membenarkan pengguna Malaysia mencuba dan memberikan maklum balas awal tentang peranti ini. Ini bukan sahaja membina kepercayaan pengguna, tetapi mencerminkan komitmen HONOR terhadap reka bentuk berpaksikan pengguna (user-centered design).
Dengan mendaftar melalui laman rasmi https://www.honor.com/my/shop/new-product-beta/, pengguna berpeluang menjadi antara yang pertama di Malaysia untuk mengalami sendiri HONOR Magic V5 – sekaligus menjadi suara penting dalam perkembangan produk ini menjelang pelancarannya yang akan datang.
HONOR Magic V5 bukan sahaja menipis dari segi fizikal, tetapi juga menipiskan jurang antara inovasi dan keperluan sebenar pengguna. Ia menggariskan satu visi baharu untuk telefon pintar di mana teknologi tidak hanya mendahului, tetapi menyatu dengan gaya hidup secara semula jadi.
Dengan HONOR Magic V5, kita tidak lagi bercakap tentang ‘telefon boleh lipat yang nipis’, tetapi tentang bagaimana peranti pintar boleh menjadi lanjutan kepada diri kita, menyokong cara kerja, hiburan dan komunikasi secara lebih intuitif dan elegan.
HONOR bukan sekadar mengatasi pesaing mereka mengubah permainan.