Siri HONOR X, kualiti premium, harga mesra poket

- Advertisement -

HONOR Malaysia melancarkan peranti terbaharu HONOR X9, HONOR X8 dan HONOR X7 yang kini dilengkapi Google Mobile Services (GMS).

Dengan ini, pengguna akan dapat mengakses sejumlah aplikasi tanpa masalah, selain turut mudah memuat turun aplikasi menerusi Google Play Store.

Bukan itu sahaja, sebilangan besar ciri tambahan yang ditawarkan oleh Google seperti salinan pendua data, gambar dan sebagainya turut boleh diakses.

HONOR X9 5G dan HONOR X8 memiliki ‘tubuh’ yang cukup tahan lasak, di samping kemasan fizikal yang baik dengan kelas premium.

Dengan slogan ‘Lagi Tahan Lagi Best’, pihak HONOR begitu yakin dengan produknya dan mereka membuktikannya sendiri.

Satu ujian ketahanan dilakukan dengan menjatuhkan HONOR X9 5G bersama pasu seramik putih.

Hasilnya, telefon pintar masih dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan yang melampau.

Pada masa sama, telefon-telefon pintar ini turut menjalani pelbagai ujian kualiti lain bagi memastikan ia selamat digunakan termasuklah perubahan suhu secara tiba-tiba, ujian lenturan dan sebagainya.

Apa yang boleh dikatakan, telefon pintar ini lulus setiap ujian dengan hasil yang sangat baik.

Sesuai juga dengan trend masa kini yang mana ramai pengguna cenderung meletakkan telefon di poket belakang.

Isu pertama yang bakal berlaku sudah tentulah kerosakan atau hancur sekiranya terduduk di atasnya.

Tetapi, ia tidak berlaku pada HONOR X9 5G dan HONOR X8 kerana kedua-duanya cukup tahan lasak.

Buat anda yang sering lupa mengecas telefon pintar sebelum tidur, HONOR X9 5G dilengkapi Pengecasan Pantas HONOR 66W yang mampu mengecas semula dengan pantas sehingga 81 peratus dalam masa setengah jam.

Dengan ini, pengguna tidak lagi perlu untuk menunggu tempoh yang lama untuk bateri dicas.

Pengguna bijak pastinya mahukan harga murah tetapi barang berkualiti tinggi.

Kini, anda tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan telefon pintar dengan skrin yang besar kerana HONOR X9 5G dan HONOR X8 didatangkan dengan bezel senipis 1.05mm dan kadar segar semula 120Hz yang memberikan pengalaman tontonan yang meriah.

HONOR X9 dan HONOR X8 juga mampu memberikan pengalaman fotografi yang luar biasa dengan kamera kuad 64MP.

Ini bersesuaian buat anda yang gemar merakam kandungan menarik untuk dijadikan perkongsian di media sosial.

Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi dengan mod malam yang mampu membuatkan gambar kelihatan cantik dan terang.

Sementara itu, kamera ultra lebarnya juga sangat berguna untuk tangkapan gambar landskap seperti pemandangan, foto berkumpulan dan sebagainya.

Lebih menarik, HONOR X9 5G dan HONOR X8 dilengkapi teknologi HONOR RAM Turbo yang memanfaatkan penyimpanan daripada storan dengan memperluaskan memori RAM mencapai 10GB.

Ini sekaligus menyelesaikan masalah prestasi telefon pintar yang perlahan akibat kekurangan penyimpanan yang disebabkan oleh memori yang terhad.

Dalam penggunaan harian, sebanyak 20 aplikasi boleh dibuka secara serentak berbanding sejumlah pesaing setara yang hanya terhad pada sejumlah aplikasi.

Selain daripada HONOR X9 5G dan HONOR X8, pengguna juga boleh memilih Siri HONOR X seperti HONOR X7 yang dijual pada harga RM699, dilengkapi dengan kapasiti bateri 5,000mAh yang cukup untuk kegunaan seharian, di samping kamera pelbagai guna bersama sensor utama 48MP.

Berita baik untuk yang berminat membeli telefon Siri X HONOR, beli ketika tempoh promosi masa terhad menerusi stor HONOR terpilih untuk mendapatkan hadiah misteri bernilai sehingga RM318 dan lanjutan waranti satu tahun.

Miliki Telefon HONOR anda hari ini di pautan https://bit.ly/HONORXHM

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat