Sultan Nazrin Perkenan Pelaksanaan Ibadah Korban Semasa PKP Dengan Syarat

- Advertisement -

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenan pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata baginda menzahirkan titah perkenan itu setelah disembah maklum akan tatacara dan panduan pelaksanaan ibadah korban dalam tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata dalam tempoh PKP, jumlah petugas hendaklah tidak melebihi 20 orang bagi setiap sesi acara korban termasuk ahli jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban manakala ibadah korban dan akikah tidak dibenarkan di kawasan yang dikenakan PKPD.

“Pelaksanaannya tertakluk kepada syarat-syarat utama iaitu maksimum empat ekor bagi lembu atau kerbau pada sesi pertama dan maksimum lima ekor pada sesi kedua (hari pertama).

“Hari kedua hingga hari keempat pula maksimum lima ekor lembu atau kerbau masing-masing bagi sesi pertama dan sesi kedua,” katanya dalam pekeliling kebenaran melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah Tahun 2021M/1442H dalam tempoh PKP dan PKPD di sini hari ini.

Katanya bagi kambing, syaratnya ialah maksimum enam ekor bagi sesi pertama dan maksimum lapan ekor bagi sesi kedua pada hari pertama manakala maksimum lapan ekor masing-masing pada sesi pertama dan kedua bagi hari kedua hingga keempat.

Mohd Yusop berkata sesi pertama pada hari pertama dibenarkan antara pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan sesi kedua pada 2 petang hingga 6 petang manakala hari kedua hingga hari keempat dibenarkan pada 8 pagi hingga 12 tengah hari bagi sesi pertama dan kedua.

Katanya, penyembelihan korban dan akikah hanya dibenarkan di Rumah Sembelih Negeri Perak (Abatoir) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), perkarangan masjid atau surau dan premis-premis yang dibenarkan JPV namun, pihak jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan di Abatoir.

Menurut garis panduan yang dikeluarkan JAIPk itu, peserta korban dan akikah atau wakil dibenarkan untuk mengambil bahagiannya pada masa dan di lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban setelah selesai proses menimbang dan membungkus.

Orang awam pula tidak dibenarkan untuk hadir mengambil bungkusan korban dan akikah kerana edaran kepada penerima akan diaturkan oleh pihak jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat