“Mereka gali lubang kubur sendiri jika buat kerja power broker” – Puad bidas Nazri, Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Mereka yang bersengketa sebenarnya mengutamakan survival politik masing masing, sebab itu akhirnya, yang tidak ikut keputusan jemaah, keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan tenggelam dan lenyap,” kata Datuk Puad Zarkashi.

Beliau yang juga ahli MKT menjelaskan, itu sifir mudah UMNO.

“Semua yang cuba berunding sendiri untuk survival sendiri tidak akan bertahan lama dalam parti.

“UMNO parti berpengalaman. Bila pemimpin bersengketa, parti tidak terkubur kerana ahli UMNO istiqamah dan tahu menilai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis bertajuk Nazri mengaku: Hishammuddin tidak menafikan.

Kata Puad, Datuk Seri Nazri Aziz buat pengakuan terbuka bahawa beliau dalang akuan bersumpah (SD) 25 Ahli Parlimen UMNO yang sokong Datuk Seri Hishamuddin Hussein jadi jurucakap jika dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Hishamuddin tidak menafikannya. Beliau kekal membisu, maka bolehlah disimpulkan dakwaan Nazri itu adalah benar.

“Dengan kata lain mesti Hishamuddin merestuinya,” ujar Puad.

Menurut beliau lagi, semalam tular surat Hishammuddin guna logo Barisan Nasional (BN), ia lengkap senarai anggota Kabinet baru tapi cepat pula wakil Hishammuddin nafi dan dakwa surat itu palsu.

“Apa tujuan Hishammuddin mahu menghadap Agong. Siapa bagi autoriti? Apa ‘locus standi’ beliau?

“Beliau bukan Presiden, bukan Pengerusi BNBBC dan bukan ahli MKT. Bukankah Presiden sudah menghadap Agong. Kalau beliau setia parti dia tidak akan buat perundingan lain. Itu merosakkan parti.

“Sebab itu Hishammuddin tidak boleh mengelak dari berbagai persepsi. Kononnya beliau takut didakwa, mahu jadi Timbalan Perdana Menteri dan ‘power broker’ UMNO kepada Perdana Menteri ke- 8?

“Hishammuddin kena terima persepsi tersebut. Berani buat berani tanggung. Berapa kali kerja belakang pintu tanpa restu parti mahu dibuat? Soal Puad lagi.

Beliau membangkitkan situasi di Sabah, ‘game’ siapa sehingga menyebabkan 21 Ketua Bahagian tinggalkan UMNO.

Katanya kini tinggal tiga orang yang istiqamah dan nyata UMNO Sabah tidak mati pun.

“Ahli UMNO akan tolak apa sahaja tingkah laku politik yang mengenepikan keputusan parti.

“Mereka gali lubang kubur sendiri jika buat kerja power broker.

“Sebelum itu Hishammuddin menulis satu artikel bertajuk “melangkaui politik dan pandemik” beliau melahirkan rasa kecewa kerana di saat getir, semua isu dipolitikkan. Katanya, politik tanpa batas tidak bawa kita ke mana-mana.

“Apakah tindakan Nazri yang beliau restui itu bukan tindakan politiking terutama dari segi prinsip berjamaah dalam UMNO?

“Dalam artikel itu Hishammuddin dakwa baling batu sembunyi tangan adalah langkah murahan demi kepentingan sendiri. Tanyalah diri sendiri.

“Kalau mahu bertanggungjawab, kembali ke mainstream UMNO secara gentleman. Jangan rosakkan kebangkitan UMNO dengan game plan lain tanpa autoriti parti,” bidas Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat