4.7 juta orang telah menerima suntikan vaksin – Dr Adham Baba

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Dr.Adham Baba hari ini memaklumkan sebanyak 1,805,367 individu telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin covid-19 setakat semalam.

Menerusi ciapan di Twitter rasminya, beliau berkata 4,749,133 orang menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam 6,554,500 dos.

“Jumlah pemberian vaksin setakat semalam ialah 6,554,500 dos. Sebanyak 252,773 individu menerima vaksin semalam. Jumlah penerima dos pertama ialah 4,749,133 orang.

“Daripada jumlah itu, 1,805,367 orang juga terima dos kedua” katanya.

Dalam pada itu Dr Adham Baba menunjukkan perangkaan kumulatif yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang menunjukkan jumlah harian vaksinasi mengikut negeri.

Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak antara negeri yang mencatatkan angka harian tertinggi untuk suntikan dos pertama, iaitu melebihi 700,000 penerima.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat