Ron Jeremy Dituduh Menyerang 4 Wanita Secara Seksual

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Siapa tidak kenal Ron Jeremy, bintang filem dewasa terkenal dunia sekitar era 80an dan 90an.

Bagaimanapun baru-baru ini, lelaki berusia 67 tahun yang selesa dipanggil Ron itu, telah didakwa merogol empat wanita dalam kejadian berasingan pada tahun 2014, kata peguam daerah Los Angeles, Jackie Lacey pada Selasa.

Selain rogol, Ron juga di dakwa dengan tuduhan penembusan secara paksaan menggunakan objek asing, sentuhan antara mulut dengan organ sensitif seorang yang lain dan dan kelakuan seksual yang tidak melibatkan penembusan.

Kes itu difailkan untuk waran pada hari Isnin lepas. CNN sedang cuba mendapat komen dari peguam Jeremy.

Pengurus Jeremy, Dante Rusciolelli memberitahu CNN bahawa dia telah menggugurkan pelakon tersebut sebagai pelanggannya. Rusciolelli juga merujuk CNN ke satu kenyataan di laman Facebooknya di mana beliau berkata, tuduhan hampir sama sebelum ini terhadap Jeremy yang dibuat oleh majalah Rolling Stone di tengah-tengah pergerakan Mee Too, telah dibuktikan palsu.

Jeremy menyerah diri kepada Mahkamah pada Selasa dan sedang ditahan di penjara daerah Los Angeles dengan jaminan tentatif ditetapkan pada $6,600,000. Pendengaran kes beliau ditangguhkan sehingga Jumaat.

Menarik mengenai semua dakwaan di atas (selain dari fakta ianya berlaku lebih 6 tahun dulu) ialah, semua pertuduhan yang dikenakan ke atas Ron, adalah perlakuan biasa bagi seorang bintang filem dewasa sepertinya – sumber CNN

Terjemahan dan olahan: SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat