Anwar Sambut Baik Rundingan AS-Iran, Harap Selat Hormuz Dibuka Semula

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyambut baik perkembangan terkini rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran yang dilihat semakin positif ke arah mencapai satu kerangka perjanjian baharu, termasuk usaha membuka semula laluan strategik Selat Hormuz.

Menerusi satu kenyataan, Anwar berkata beliau menerima petunjuk memberangsangkan daripada beberapa pemimpin di Asia Barat bahawa rundingan tersebut kini bergerak ke arah yang progresif.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa perkembangan itu mampu membuka ruang kepada kestabilan lebih kukuh di rantau berkenaan yang sekian lama bergelut dengan ketegangan geopolitik.

“Malaysia memandang perkembangan ini dengan penuh optimis dan berharap semua pihak dapat memanfaatkan peluang ini untuk mencapai penyelesaian yang berjaya,” katanya.

Anwar turut menghargai peranan beberapa negara termasuk Bahrain, Mesir, Jordan, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu dalam membantu memudahkan proses rundingan tersebut.

Pada masa sama, beliau turut mengalu-alukan penglibatan peribadi Presiden Donald Trump dalam usaha mencari penyelesaian secara diplomatik.

Menurut beliau, Malaysia berharap semua pihak dapat mencapai satu kerangka perjanjian yang inklusif bagi mengukuhkan gencatan senjata semasa, memastikan laluan selamat di Selat Hormuz serta menjaga kepentingan keselamatan semua negara di rantau Asia Barat.

Selat Hormuz merupakan antara laluan perkapalan dan perdagangan minyak paling penting di dunia, dengan sebarang gangguan di kawasan itu berpotensi memberi kesan besar terhadap ekonomi global serta harga minyak antarabangsa.

Anwar menegaskan Malaysia sentiasa bersedia menyokong sebarang usaha multilateral yang mampu membawa keamanan berkekalan dan kestabilan di Asia Barat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat