Selepas empat hari, The Assistant kutip lebih RM1 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Filem arahan Adrian Teh, The Assistant berjaya mengutip lebih RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan di panggung wayang.

Pelakon utamanya, Hairul Azreen berkata, dia tidak menyangka filem terbabit berjaya meraih kutipan yang memberangsangkan.

“Alhamdulillah, tak sangka filem The Assistant, walaupun tayangan untuk 18 tahun ke atas, tetapi masih boleh ‘box-office’ dengan izin Allah.

“Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan filem aksi Malaysia,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Mengetengahkan genre thriller dan aksi, The Assistant menggandingkan Hairul dan Iedil Putra selaku teraju utam. – Foto IG Hairul Azreen

 

Filem yang menelan belanja RM6 juta ini turut menampilkan Iedil Putra, Henley Hii dan Farali Khan.

Mengetengahkan genre thriller dan aksi, The Assistant adalah kerjasama Sony Pictures Entertainment Malaysia dan Act 2 Pictures.

Filem ini sudah menemui penonton di Malaysia sejak 19 Mei lalu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat