Anggota BTS, Blackpink berpacaran

- Advertisement -

Seoul: Dua anggota kumpulan popular K-Pop, V dari BTS dan Jennie (Blackpink) menarik perhatian warga maya selepas pasangan itu dilihat keluar bersama di Pulau Jeju.

Peminat mendakwa melihat pasangan itu menaiki kereta bersama di pusat peranginan itu.

Malah gosip membabitkan antara anggota kumpulan muzik popular di dunia itu hadir selepas Jennie dan pasangan teman lelaki yang turut disebut-sebut sebelum ini G-Dragon dari kumpulan BigBang terputus. Sekalipun intim hubungan mereka tidak pernah disahkan oleh kedua-duanya.

Ada segelintir peminat yang berpendapat gambar berkenaan sengaja di edit dan sebahagiannya menyatakan gambar itu adalah asli.

 

V BTS dan Jennie (Blackpink) dilihat keluar bersama di Pulau Jeju.

 

Syarikat rakaman Jennie, YG Entertainment, bagaimanapun tidak memberikan pengesahan atau menafikan dakwaan itu menurut laporan media tempatan.

Dikalangan peminat ada yang menyifatkan gosip berkenaan dijadikan agenda untuk mengganggu tumpuan awam mengenai kes buli baru-baru ini membabitkan Garam dari HYBE dan kumpulan muzik wanita baharu Source Music, Le Sserafim.

Walaupun dinafikan oleh syarikat rakaman terbabit namun bersandarkan beberapa bukti perkara itu tidak mustahil berlaku bagi kumpulan muzik terbabit.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat