Hoki Piala Asia 2022: Malaysia kejutkan Korea Selatan, hampir pasti ke Separuh Akhir

- Advertisement -

JAKARTA: Pasukan hoki lelaki negara mengejutkan Korea Selatan 5-4 pada perlawanan kedua Kumpulan B Kejohanan Piala Asia – Hero 2022 di sini, petang ini sekaligus hampir pasti layak ke Separuh Akhir (Super4s Pool).

Walaupun turun sebagai bukan pilihan menentang Korea Selatan, pasukan Malaysia mengejutkan gergasi hoki Asi itu apabila mendahului 4-1 sehingga awal suku ketiga, sebelum dikejar oleh Korea Selatan menjadi 4-3 dan kemudiannya perlawanan berakhir dengan 5-4.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Norsyafiq Sumantri (min 10, 26), Razie Rahim (min 16, 51) dan Ashran Hamsani (min 31). Manakala gol-gol Korea Selatan dijaringkan pada minit 24, 33, 39 dan 55.

Pasukan negara cemas pada minit-minit akhir apabila dipaksa mempertahankan kedudukan 5-4 dengan lapan pemain setelah tiga pemain Malaysia dilayangkan kad kuning dalam dua minit terakhir.

Dengan kemenangan ini Malaysia hampir pasti melayakkan diri ke Separuh Akhir (Super4s Pool) yang membabitkan dua pasukan teratas kumpulan A dan B.

Malaysia hanya perlu mengelak dari kalah melebihi 12 gol kepada Bangladesh untuk memastikan tempat dalam perlawanan seterusnya.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Bangladesh, Korea Selatan dan Oman. Manakala Kumpulan A terdiri daripada India, Indonesia, Jepun dan Pakistan.

Format Hoki Piala Asia 2022 akan mengumpulkan dua pasukan terbaik setiap kumpulan ke liga satu pusingan Separuh Akhir (Super4s Pool). Seterusnya dua pasukan teratas dalam liga Super4s Pool akan bertanding di peringkat akhir.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat