Jika tidak tegas, mungkin ayam diseludup ke luar negara – Nazir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dengan pengharaman eksport ayam ini tidak mustahil kartel-kartel ayam akan mencari ‘jalan belakang’ untuk menjualnya ke luar negara.

Ini sekali gus akan menyebabkan keputusan Kabinet tidak memberi kesan yang mendalam kepada pasaran tempatan,” demikian kebimbangan yang dizahirkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

“Kita sering mendengar kisah minyak masak diseludup ke negara jiran dan beras diseludup ke negara ini. Tidak mustahil selepas ini kisah seludup ayam pula akan berkumandang.

“Justeru pihak penguatkuasa di peringkat kementerian, sempadan dan pelabuhan harus bekerja keras memastikan keputusan Kabinet ini dikuatkuasa dengan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam pada kata Nazir, Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk mengharamkan eksport ayam mulai bulan Jun 2022 sehingga bekalan ayam untuk pasaran tempatan kembali pulih.

Ujar beliau, pengharaman eksport ini akan membolehkan kekurangan bekalan ayam di pasaran tempatan dipulihkan berikutan setiap bulan kita mengeksport sekitar 3.6 juta ekor ayam ke luar negara.

“Sudah tentu kerajaan akan dikritik oleh pengeksport ayam yang mengaut keuntungan lebih baik di pasaran luar negara berbanding pasaran tempatan. Namun kerajaan tiada pilihan dan harus mengutamakan kepentingan rakyat.

“Sejak awal tahun ini kerajaan berusaha mengimbangi antara kepentingan rakyat dengan kepentingan peniaga dan penternak ayam. Menyedari inflasi yang melambung-lambung, kerajaan telah meletakkan harga siling sekilo ayam pada aras RM8.90,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau juga berkata, kerajaan telah mengimbangi kos di pihak penternak dengan memberi subsidi RM0.60 bagi setiap kilo ayam hidup yang dijual bagi pasaran tempatan.

Malangnya, sesetengah pihak melihat menjual ayam kepada pasaran luar negara lebih menguntungkan dan memilih untuk mengeksport sehingga menyebabkan pasaran tempatan kekurangan bekalan ayam, kata Nazir.

“Walaupun penternak dan peniaga ayam berhak mendapat keuntungan lebih, namun dengan situasi sekarang mereka perlu meletakkan kepentingan rakyat dan negara ini terlebih dahulu.

“Kebimbangan Pemuda UMNO bahagian Titiwangsa ialah keputusan Kabinet ini akan gagal menyelesaikan bekalan ayam sekiranya pemantauan dan penguatkuasaan di bahagian sempadan tidak diperketatkan,” keluhnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat