The Gadys bukan ‘klon’ Dolla

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kumpulan muzik baharu, The Gadys yang semakin meningkat naik tidak merasakan bahawa mereka muncul untuk menyaingi kumpulan muzik sedia ada seperti Defam dan Dolla.

The Gadys yang dianggotai Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini berkata, kehadiran mereka adalah untuk memeriahkan industri seni tanah air.

“Kami penambah rasa untuk industri. Kami nak meriahkan industri seni muzik tanah air,” kata Nelissa kepada Harian Metro.

Tambah The Gadys, mereka juga menghargai setiap komen yang diberikan oleh netizen mengenai mereka.

“Kalau ada yang merasakan bahawa kami bersaing dengan mana-mana kumpulan sedia ada, kami hargai. Tapi, kami tak rasa begitu.

“Kehadiran kami menjadi alternatif atau memberi pilihan kepada penggemar muzik tanah air. Bak kata Dolla, lebih ramai lebih meriah,” katanya.

The Gadys muncul dengan lagu Aidilfitri yang juga menjadi projek pertama mereka, berjudul Gadys Raya ciptaan Romeo, Glow Rush, Nick Ariff dan Acap Salim.

Di YouTube, rata-rata memberikan komen positif dengan persembahan mereka, namun, tak kurang juga yang membandingkan mereka dengan Dolla.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat