UMNO lebih teruk dibuli DAP berbanding Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO akan dibuli lebih teruk oleh DAP berbanding ketika bersama Bersatu, jika memilih untuk bergabung di bawah jajaran baharu bersama Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mustafa Salim mendakwa, UMNO tidak akan menjadi lebih kukuh dan selamat kerana DAP sudah sekian lama berdendam dan hanya akan mempergunakan Melayu untuk kepentingan bangsanya.

“DAP cara mana sekalipun dia tidak akan boleh menerima parti Melayu khususnya UMNO, sebab kalau kita hendak kata dengan Pas dia pernah bersama, kalau bersama Bersatu pun pernah bersama.

“Tetapi saya nampak DAP tidak akan menerima UMNO khususnya orang Melayu di bawah naungan UMNO sebab kita lebih kepada mempertahankan Raja-raja Melayu. Kita juga lebih mempertahankan ketuanan Melayu walaupun itu dinafikan sesetengah pihak khususnya orang Melayu di dalam DAP.

“Jadi kalau UMNO mengambil tindakan atau membuat pilihan bersama DAP, saya nampak DAP akan lebih teruk lagi atau akan membuli UMNO mengikut kehendak dia. Ini kita sudah nampak… walaupun macam mana hebat sekalipun Tun Dr Mahathir Mohamad, semasa dia menerajui Malaysia di bawah kerajaan PH ketika itu, tetapi Lim Guan Eng khususnya, meminta jawatan tertentu yang khusus kepada DAP.

“UMNO tidak boleh menerima keadaan itu. Jadi sebelum benda itu berlaku UMNO tidak boleh menerima. Sebilangan besar Melayu tidak akan menerima bersama DAP walaupun selepas PRU15,” dakwanya memetik Astro Awani.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat