Muhyiddin Beri Jaminan 80% Imuniti Kelompok Akan Dapat Dicapai Hujung Tahun Ini

- Advertisement -

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua rakyat Malaysia dijangka akan diberi suntikan vaksin Covid-19 sebelum hujung tahun ini.

Menurut beliau, ini susulan lebih banyak bekalan vaksin akan diterima.

Malah beliau memberi jaminan bekalan vaksin dijangka selesai menjelang hujung tahun ini iaitu sampai lebih awal daripada perancangan awal pada 2022.

“Saya diberikan jaminan bahawa sebelum akhirnya tahun ini kita dapatkan bekalan semua supaya imuniti 80 peratus rakyat Malaysia dapat diselesaikan.

“Sekarang sudah bulan lima (Mei), sekarang hendak cakap terowong panjang sangat, tidaklah panjang sangat, nak kata cahaya, nak dekat nampak dah,” katanya dalam Program Bicara Khas Cabaran Pandemik Covid-19 Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di di RTM TV1 dan Bernama TV.

Program itu diterbitkan secara kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), temu bual eksklusif yang dihoskan oleh Wan Syahrina Wan Ab Rahman daripada Bernama TV bersama Terrence Dass (RTM)

Muhyddin menjelaskan, isu yang berlaku hari ini bukan sama ada dapat bekalan atau tidak, sebaliknya bilakah vaksin itu akan tiba di negara ini.

Beliau menjelaskan bekalan vaksin bukan tiba secara sekali gus namun secara berperingkat.

“Kalau datang sekali gus kita dah selesai hari ini. Kita dah ada 600 Pusat Pemberian Vaksin, ini ikut keadaan sepatutnya wajar beri 150,000 suntikan sehari, tetapi saya diberitahu menteri bahawa bekalan sudah mula sampai,” katanya.

Selain menyifatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebagai strategik keluar pandemik, Muhyiddin menjelaskan ia diharap selesai pada hujung tahun seiring program pemulihan ekonomi negara.

Ketika ditanya mengenai cadangan suntikan satu dos vaksin, Muhyiddin berkata, pihaknya perlu mengambil kira pertimbangan pakar kesihatan dan pihak pengeluaran vaksin bahawa suntikan kedua perlu dilakukan mengikut tempoh ditetapkan.

“Ikut Kementerian Kesihatan, mereka ikut panduan pengeluaran vaksin, memang ada negara buat suntikan satu bukan saya cakap cara itu tidak betul, sama ada sekali satu suntikan itu tidak menjadi masalah bukan kita tiada duit, tetapi kena ikut pakar buat keputusan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan program vaksin akan diperluas kepada hospital dan klinik swasta di samping membuka ruang kepada pihak kerajaan negeri membeli vaksin, namun ia perlulah mendapat kebenaran Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

-Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat