‘Lelaki bukan jaminan hidup saya stabil’ – Demi Lovato

- Advertisement -

Los Angeles: Penyanyi Demi Lovato, 28, belum terfikir untuk mencari teman lelaki baharu dalam hidupnya.

Lovato berkata, dia mula sedar bahawa kestabilan dalam hidup tidak hanya bergantung dengan lelaki semata-mata.

“Saya akui kerap bertukar pasangan sebelum ini kerana saya selalu fikir bersama lelaki kehidupan saya akan lebih stabil. Namun, kini saya mula sedar bahawa kestabilan dalam hidup bukan hanya perlu bergantung dengan lelaki semata-mata,” katanya.

Menurut Lovato, dia juga tidak bercadang untuk mencari pengganti dalam hidupnya.

“Fokus saya bukan untuk bercinta lagi. Buat masa sekarang, saya belum terfikir untuk mempunyai pasangan hidup.

“Saya ada misi untuk saya capai dalam hidup dan saya perlu usahakan sampai berjaya. Rasanya itu lebih memberi kepuasan,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat