Shahidan Kassim Dipecat

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan dari jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis berkuatkuasa serta-merta.

Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan “Adalah dimaklumkan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim digantikan kepada YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man yang juga Menteri Besar Negeri Perlis. Pertukaran ini berkuatkuasa mulai hari ini. Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.”

Pengguguran jawatan Shahidan sudah dijangka oleh banyak pemerhati politik berikutan kelantangan beliau mempertikai hala tuju UMNO dibawah kepimpinan Ahmad Zahid.

Pengguguran ini juga dilihat ada kena mengena dengan tindakan Shahidan Kassim membuat laporan polis mengenai rakaman perbualan telefon kononnya antara Ahmad Zahid dan Anwar selepas namanya disebut.

Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis ketika itu membuat laporan meminta supaya pihak berkuasa dapat menyiasat dan memutuskan kesahihan perbualan telefon berkenaan.

“Dalam audio yang didakwa antara presiden saya dan seseorang dari PKR, nama saya disebut. Saya dikatakan telah dicemuh semasa ucapan saya (di Perhimpunan Agung UMNO),” kata Shahidan beberapa minggu lalu ketika ditanya mengapa membuat laporan polis.

Jawatan ketua UMNO Negeri adalah hak preogratif Presiden UMNO.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat