Amyra tak boleh bersentuhan pelakon lelaki

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon Amyra Rosli yang kini berhijab mahu menjaga batasan membabitkan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki dalam drama yang dibintangi.

Amyra berkata, keputusan itu dilakukan bagi mematuhi syarat dikenakan suaminya, Amar Bahrin yang memberi keizinan untuknya berlakon selepas mengenakan tudung.

“Saya tiada letak syarat apa-apa dalam lakonan. Cuma, saya ada bertanya pada suami bagaimana jika ada babak memerlukan saya bersentuhan dengan pelakon gandingan.

“Amar memberi keizinan dan tiada masalah, asalkan dibuat dengan berlapik.

“Apapun, semuanya bergantung kepada pasangan saya dalam lakonan. Jika mereka okay untuk bersentuhan, tetapi berlapik, saya ikut sahaja. Jika tidak, saya mengekalkan prinsip tidak bersentuhan,” katanya pada sidang media secara virtual drama rantaian, Sabarlah Duhai Hati.

Drama yang mengisi slot Akasia dan bakal menemui penonton mulai 28 April ini menyaksikan Amyra atau nama sebenar, Nur Amira Izzati Rosli bergandingan dengan Saharul Ridzwan dan Izzue Islam.

Amyra Rosli bersyukur Saharul Ridzwan mengajarnya teknik menghidupkan babak romantis tanpa bersentuha. - Foto IG SR Tigers
Amyra Rosli bersyukur Saharul Ridzwan mengajarnya teknik menghidupkan babak romantis tanpa bersentuha. – Foto IG SR Tigers

 

Berkongsi pengalaman dengan dua aktor itu, pelakon yang popular dengan watak Nur menerusi drama Nur dan Nur 2 itu bersyukur, dua hero itu banyak mengajarnya teknik menghidupkan babak romantis tanpa bersentuhan.

“Saya menjadi heroin untuk dua aktor ini. Kita semua tahu, Saharul dan Izzue langsung tidak bersentuhan dengan pelakon wanita dan saya menghormati pendirian mereka.

“Sebagai pasangan suami isteri, ada babak romantis yang dilakonkan. Sebagai orang berpengalaman, Saharul ajar saya teknik bagaimana mahu menampakkan kemesraan tanpa sentuhan fizikal seperti ‘menipu’ dari segi posisi tubuh, bantuan sudut dan gerak kerja kamera,” kata pelakon berusia 29 tahun ini.

Sabarlah Duhai hati adalah drama kedua dibintangi Amyra selepas berehat panjang melahirkan cahaya mata kedua.

“Apabila sudah ada dua cahaya mata, saya kena seimbangkan antara keluarga dan kerjaya. Selesai penggambaran drama, giliran saya pula jaga anak kerana Amar akan masuk set penggambaran.

“Secara jujur, risau juga apabila terpaksa keluar ketika pandemik ini memandangkan anak-anak yang masih kecil. Tetapi, nak buat macam mana, sudah namanya bekerja.

“Selalunya apabila pulang ke rumah, saya akan membersihkan diri dahulu sebelum berjumpa anak-anak,” ujarnya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat