Abdullah Dan Najib Punca Wawasan 2020 Gagal – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan beban kesalahan kepada dua Perdana Menteri selepasnya iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak atas kegagalan Wawasan 2020.

Respons kepada kritikan Veteran DAP, Lim Kit Siang, Dr Mahathir mengakui beliau sendiri pernah mengumumkan kegagalan Wawasan 2020.

Namun tegas bekas Perdana Menteri itu, kegagalan Wawasan 2020 bukanlah kegagalan beliau.

“Ya. Memang pun saya mengumumkan kegagalan Wawasan 2020. Tetapi ia bukan kegagalan saya.

“Tidak ada bukti kegagalan Wawasan 2020 sehingga saya letak jawatan pada 2003.

“Apabila sahaja Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib ambil alih kepimpinan negara, mereka ketepikan dasar dan cara yang diterokai oleh saya,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebaliknya jelas Dr Mahathir, Abdullah bertindaka membatalkan projek keretapi, jambatan bengkok dan projek expressway walaupun beliau telah janji akan teruskan projek-projek ini.

“Dasar dan cara yang saya perkenal semasa saya jadi Perdana Menteri juga digugur manakala yang diutamakan ialah projek anak dan menantu. Di tingkat empat terdapat beberapa anak muda yang mempengaruhi dasar dan projek. Wang Ehsan Terengganu diguna untuk mendirikan hotel, taman masjid, perlumbaan perahu layar dan jambatan rakyat tolak dasar dan pentadbiran Abdullah dan dalam PRU pada tahun 2008, pencapaian Kerajaan Abdullah begitu buruk sehingga lima buah negeri ditawan oleh parti lawan.

“Pada 2009 Abdullah letak jawatan dan Najib dilantik menjadi Perdana Menteri.

“Sepertimana Abdullah tidak tumpu kepada pelaksanaan Wawasan 2020, Najib juga tidak berusaha untuk jayakan wawasan berkenaan,” jelas beliau.

Tambah Dr Mahathir, Najib pinjam berbillion ringgit untuk beli stesen janakuasa dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Lepas itu Najib terlibat dengan bermacam jenayah. Tidak ada sedikit pun usaha untuk jayakan Wawasan 2020.

“Kegagalan Wawasan 2020 disebabkan oleh Abdullah dan Najib. Mereka tidak langsung cuba membangunkan negara dari 2004 hingga 2020,” tegas Dr Mahathir lagi.

Selain itu, beliau turut menyebut Bahasa Malaysia ialah Bahasa Melayu, iaitu bahasa penduduk asal tanah Melayu.

“Kita tidak berjaya mencapai matlamat yang pertama kerana ramai rakyat Malaysia tidak bertutur kata dalam bahasa Kebangsaan bahkan mereka utamakan bahasa bukan Kebangsaan.

“Sebab itu cabaran pertama untuk menubuhkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu tidak tercapai. Dalam perkara ini Kit Siang sendiri yang tidak berusaha supaya semua bangsa Malaysia bertutur kata dalam bahasa Kebangsaan yang sama.

“Kit Siang perlu nasihat dirinya sendiri,” bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat