Segera tamatkan sekatan terhadap pengaturan dipersetujui Malaysia-Singapura

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap beberapa sekatan, yang berupa penangguhan terhadap pengaturan yang dipersetujui Malaysia dan Singapura sebelum ini, dapat ditamatkan segera dengan mengambil kira kepentingan hubungan dua hala.

Beliau berkata, ia merangkumi pengaturan timbal balas perjalanan Reciprocal Green Lane (RGL), pengaturan perjalanan berkala Periodic Commuting Arrangement (PCA), dan pengaturan perjalanan harian Daily Commuting Arrangement (DCA).

Perkara itu dikongsi Muhyiddin dalam catatan di laman Facebook miliknya selepas beliau menerima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bagi membincangkan pelbagai bidang hubungan dua hala seperti perdagangan, pelaburan dan kesihatan.

Menurut catatan Muhyiddin, Balakrishnan dalam pertemuan itu turut menyerahkan surat jemputan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong kepadanya untuk menghadiri Pemukiman Pemimpin Tahunan Malaysia-Singapura kali ke-10.

“Saya mengambil maklum cadangan pihak Singapura untuk menjadi tuan rumah sesi pemukiman itu dalam tahun ini selepas ditangguhkan pada tahun 2020 akibat wabak COVID-19,” katanya.

Mengenai cadangan pengiktirafan timbal balas terhadap sijil vaksin COVID-19, Muhyiddin menyeru agar kerjasama di peringkat teknikal membabitkan kedua-dua negara dapat diteruskan dan dimuktamadkan pada masa hadapan.

Beliau sependapat dengan Balakrishnan, bahawa COVID-19 telah memberi cabaran baharu kepada negara masing-masing, namun pandemik itu tidak seharusnya dijadikan halangan dalam usaha meningkatkan kerjasama sedia ada antara negara berjiran, katanya.

Dalam pertemuan itu, Muhyiddin turut membangkitkan mengenai keadaan semasa di Myanmar dan hala tuju ASEAN dalam menangani krisis berkenaan.

“Di akhir perjumpaan, saya menyatakan komitmen Malaysia untuk bukan sahaja meneruskan hubungan baik yang sedia terjalin dengan Singapura, malah memperkukuhkan lagi tahap hubungan sedia ada,” katanya.

Balakrishnan diiringi Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Singapura Chee Wee Kiong, manakala turut hadir di pihak Malaysia ialah Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Gagal Patuh SOP, Bazar Ramadan Di Balok Diarah Tutup Sementara

KUANTAN - Bazar Ramadan Balok, di sini menjadi bazar pertama di daerah ini yang diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang...