Instafamous dikritik jadi pelakon, Sharifah Rose okay saja

Kuala Lumpur: Sharifah Rose Sabrina yang juga Instafamous tidak terasa dengan kritikan dilemparkan segelintir pihak terhadap Instafamous yang bergelar pelakon.

Sharifah Rose, 23, atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira berkata, dia terbuka dengan setiap pandangan dan kritikan.

“Saya tak terasa pun sebab setiap orang ada pandangan masing-masing. Tak salah pun apa yang dikatakan itu, jadi saya tak ambil hati.

“Biasalah kontroversi ini akan sekejap saja. Lagi pun saya sentiasa terbuka terhadap kritikan orang. Dari situ saya belajar. Apabila dikecam, saya pun tak tahu nak cakap macam mana sebab drama pun belum tayang lagi. Jadi, kalau orang kritik, saya tak tahu mereka kritik dari mana,” katanya kepada Harian Metro.

Sharifah Rose atau mesra disapa Rose yang kini terbabit dalam penggambaran drama Kisah Cinta Rumi untuk TV3 menafikan ciapan di Twitter pada 18 Mac lalu bagi membalas ciapan pelakon, Izara Aishah.

“Ia bukan ditujukan pada isu itu, sebaliknya ia membabitkan isu saya dengan ahli kumpulan tugasan belajar. Kebetulan isu itu pula tengah hangat,” katanya.

Sharifah Rose berkata, dia juga mengikuti kelas lakonan daripada pelakon dan pengarah berkaliber, Ellie Suriaty.

“Sebelum masuk lokasi, saya berguru dengan kak Ellie Suriaty. Ini atas inisiatif sendiri,” katanya.

Terdahulu, pelakon Izara Aishah membuat ciapan di Twitter mendakwa Instafamous banyak menjadi pelakon dan mempersoalkan sama ada mereka berbakat atau tidak.

Ciapan Izara itu menjadi perdebatan dalam kalangan netizen sehingga mengaitkan nama Sharifah Rose yang kebetulan sedang terbabit dalam penggambaran drama.

Harian Metro

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Selepas enam hari, 18 Puasa Di Kampung Pisang kutip RM2 juta

Kuala Lumpur: Filem arahan Mamat Khalid, 18 Puasa Di Kampung Pisang mencipta kejayaan baru apabila berjaya mencatat kutipan RM2 juta selepas enam hari tayangan...

Tegas hasil karya muzik

Annyeonghaseyo! Banyak faktor menjadi pendorong kejayaan seseorang anak seni untuk terus berjaya. Satu daripadanya tentu sekali tidak pernah berhenti untuk memotivasikan diri menjadi lebih baik. Bagi...

Rajin buka peti sejuk

BERPUASA ketika zaman kanak-kanak sememangnya satu kenangan indah yang sukar dilupakan. Jika boleh diundurkan masa, ada yang ingin kembali ke zaman ceria yang pasti takkan...