Jualan hari pertama OPPO Reno5 pecah rekod capai 200 peratus berbanding OPPO Reno4

- Advertisement -

MENYEDARI pentingnya melaksanakan pembaharuan secara berterusan dalam industri telefon bimbit, OPPO perlu memastikan inovasinya terus berkembang  bagi memenuhi permintaan multimedia masa kini yang pantas.

Menurut data terbaru daripada Counterpoint Research, sebuah syarikat perunding analisis industri global, OPPO berjaya merangkul tangga nombor satu buat kali pertama dalam pasaran telefon pintar China yang berdaya saing iaitu merangkumi 21 peratus pasaran China.

Image

Selain daripada OPPO FindX Siri dan A Siri yang mempunyai harga berpatutan, Reno Siri yang berada di kelas pasaran pertengahan juga menarik perhatian ramai peminat setia.

Reno5 Siri 5G boleh dikatakan sebagai telefon bimbit 5G yang paling hebat untuk kelas harga pertengahan sehingga kelas harga tinggi.

Oleh itu, ia mencapai keputusan yang amat menakjubkan sekaligus menjadi kegemaran ramai.

Image

Sejak pelancarannya pada 28 Januari 2021, OPPO Reno5 Siri adalah telefon pintar terbaik yang anda boleh dapati malah nombor satu untuk peranti kelas pertengahan.

Ia bukan sahaja didorong oleh harganya berpatutan, tetapi juga perkakasan yang serba canggih.

Reno5 siri adalah nombor satu dalam pasaran pertengahan Malaysia. Pada hari pertama jualan, Reno5 memecahkan rekod mencapai 200 peratus berbanding jualan OPPO Reno4 dalam julat harga RM1,500 dan RM2,000.

Jualan Reno5 juga amat memberangsangkan dalam kalangan rakan niaga syarikat telekomunikasi dan pengedar seperti Senheng dan DirectD, sekaligus turut direkodkan sebagai nombor satu pada hari pertama jualan.

Peningkatan penjualannya setiap hari juga menjadikan OPPR Reno5 Siri di tangga nombor satu bagi pasaran peranti kelas pertengahan.

ImageImage

Penjualan OPPO meningkat sebanyak 33 peratus untuk perbandingan bulanan (MoM) dan 26 peratus untuk perbandingan tahunan (YoY) pada bulan Januari.

Selain itu, OPPO juga dilihat gah di peringkat Asia Tenggara, menjadikan OPPO sebagai lima syarikat teratas di China Smartphone Market. Siri OPPO A dan Reno terus menjadi pemacu jualan.

ImagePerbezaan apabila Video AI Highlight ditutup dan dibuka.

Kini, OPPO komited memberikan pengguna pengalaman mudah alih tercanggih, terutamanya menerusi ciri AI dilengkapi dalam OPPO Reno5 Series.

Dengan menggunakan algoritma AI, kamera Reno5 ternyata lebih pintar daripada sebelumnya. Video AI Highlight dapat mengesan keadaan cahaya yang sebenar dan secara automatik beralih kepada video Ultra-night dan video Live HDR sekaligus menjadikan ciri videografi itu boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Contohnya, seperti di situasi makan malam yang tidak mempunyai cahaya mencukupi, semasa merakam pemandangan matahari terbit dan terbenam.

Image

Bukan itu sahaja, Reno5 adalah produk yang inovatif dan menyeronokkan. Video Dual-View dan Video Ultra-Steady 3.0 membolehkan pengguna mengambil video menerusi pelbagai sudut bersama-sama dengan rakan karib!

Ia hanya memerlukan kemahiran biasa tetapi hasilnya berkualiti tinggi.  Contohnya, Video Dual-View boleh digunakan semasa merakam secara duet dengan rakan-rakan baik anda manakala Video Ultra-Steady 3.0 pula boleh digunakan untuk merakam video teman yang sedang berlari di pantai.

Untuk pengetahuan anda, Reno5 bukan sahaja hebat kerana kameranya tetapi disebabkan perkakasan peranti yang canggih, misalnya 65W SuperVOOC Flash Charge 2.0 yang mampu memendekkan masa mengecas dan juga sistem warna OS11 yang memberikan tindak balas pantas terhadap aktiviti pada peranti.

Image

Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2021, OPPO telah mengadakan aktiviti ‘Picture Joy Together’. Hadiah misteri bernilai RM99 hingga RM259 disediakan termasuklah tumbler istimewa, beg telefon bimbit Reno5 BFF ciptaan khas pereka dan pakej beg Reno5 dengan sebarang pembelian siri Reno5.

Hadiah adalah dalam kuantiti terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi OPPO.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat