(Spesifikasi ) Nothing Phone 3a Pro Hadir Dengan Kamera Periskop 3x?

- Advertisement -

Menurut laporan daripada Android Headlines, Phone 3a dan Phone 3a Pro berkongsi asas rekaan yang sama tetapi berbeza dari segi pengalaman kamera. Phone 3a Pro dikatakan lebih premium dengan sistem kamera yang lebih canggih.

Nothing sudah mengesahkan beberapa spesifikasi utama, dan kebocoran maklumat ini menguatkan lagi dakwaan bahawa Phone 3a Pro akan hadir dengan lensa telefoto periskop 3x bersama sensor 50MP. Sementara itu, Phone 3a pula akan menampilkan lensa zoom 2x tetapi masih menggunakan sensor 50MP yang sama.

gambar oleh www.smartprix.com

Selain itu, kedua-dua model dijangka mempunyai kamera utama 50MP serta lensa ultralebar 8MP. Phone 3a Pro dikatakan akan dilengkapi kamera swafoto 50MP, manakala Phone 3a pula dijangka menggunakan kamera hadapan 32MP.

Skrin AMOLED 120Hz dan Cip Snapdragon 7s Gen 3

Dari segi spesifikasi lain, kedua-dua model ini dijangka berkongsi banyak persamaan. Ini termasuk paparan AMOLED FHD+ bersaiz 6.77 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3000 nits. Skrin ini dipercayai dilindungi oleh kaca Panda.

Untuk prestasi, Nothing Phone 3a dan 3a Pro dijangka dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3, dipadankan dengan RAM sehingga 12GB serta storan dalaman sehingga 256GB. Kedua-duanya akan menjalankan sistem operasi Android 15 dan dibekalkan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Rekaan Ikonik Dengan Pilihan Warna Hitam & Putih

Nothing Phone (3a), Phone 3(a) Pro design revealed in leaked renders
Berdasarkan imej yang tertiris(leak) , Nothing Phone 3a dan 3a Pro akan mengekalkan identiti reka bentuk jenama ini dengan panel belakang lutsinar serta sistem pencahayaan LED Glyph. Kedua-dua model juga bakal ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih.

Adakah kebocoran maklumat ini tepat? Jawapannya akan terungkai pada 4 Mac apabila Nothing secara rasmi melancarkan siri Phone 3a.

 


Spesifikasi

Nothing Phone (3a)

Nothing Phone (3a) Pro
RAM 8GB, 12GB 12GB
Storage 128GB, 256GB 256GB
OS Android 15  
Display 6.77″ 120Hz FullHD+ LTPS AMOLED display with 3,000 nits peak brightness, 387 ppi pixel density, and Panda Glass protection 6.77″ 120Hz FullHD+ LTPS AMOLED display with 3,000 nits peak brightness, 387 ppi pixel density, and Panda Glass protection
Rear Cameras

50MP primary, 50MP telephoto (2x optical, 30x digital), 8MP ultrawide 50MP primary, 50MP periscope telephoto (3x optical, 60x digital), 8MP ultrawide
Selfie Camera 32MP 50MP
Battery 5,000 mAh (charges up to 50% in 19 minutes, 100% in 56 minutes) 5,000 mAh (charges up to 50% in 19 minutes, 100% in 56 minutes)
Dimensions 163.52mm x 77.5mm x 8.35mm 163.52mm x 77.5mm x 8.39mm
Weight 201g 211g
Other Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4  
     

 

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat