KUALA LUMPUR, 24 Feb – Tindakan platform media sosial Tiktok menyekat 18 akaun TikTok organisasi media tempatan beberapa hari lalu mendapat perhatian Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Menurut Fahmi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu
Beliau berkata maklumat awal diterimanya daripada pihak TikTok ialah akaun-akaun berkenaan disekat kerana membuat laporan berkaitan kes cabul di sebuah masjid di Batang Kali baru-baru ini yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan.
Dipetik Bernama, Fahmi menyatakan sebahagian masalahnya adalah kecerdasan buatan (AI) TikTok itu sendiri, di sini sedikit amaran, AI kadangkala dia boleh jauh tersasar, dia tak faham organisasi media pelaporannya berbeza daripada kandungan yang dihasilkan oleh orang biasa.
“Jadi saya telah minta supaya satu perbincangan diadakan dalam tempoh terdekat untuk memperhalusi fungsi akaun-akaun TikTok yang dimiliki oleh media supaya tak dikenakan tindakan sedemikian rupa di masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kursus AI in the Newsroom anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), kursus pertama dalam siri program latihan berkaitan AI untuk profesional media.
Antara media utama yang berhadapan tindakan tersebut ialah Bernama, Sinar Harian, Buletin TV3, Malay Mail, Kosmo, Harian Metro dan Utusan Online.