Amber mempersembahkan ‘Raya Romantics’ – fesyen Aidilfitri berkelas dunia!

- Advertisement -

Kuala Lumpur, 24 Februari 2025 – Amber, jenama fesyen terkemuka Malaysia, sekali lagi membuktikan keunggulannya dengan membawa koleksi Aidilfitri ke pentas antarabangsa. Tahun ini, koleksi istimewa Raya Romantics bukan sahaja tampil dengan rekaan mewah dan sofistikated, tetapi juga menampilkan kempen promosi yang dirakam sepenuhnya di kota London.

Langkah berani ini menandakan satu pencapaian besar bagi Amber dalam mengangkat jenama tempatan ke peringkat global. Dengan berlatarbelakangkan keindahan bandar raya London, kempen video ini mengetengahkan enam duta rasmi Amber – Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah – yang bergaya dalam persalinan elegan koleksi Raya Romantics.

 

Menampilkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden, setiap helaian dalam koleksi Raya Romantics direka dengan teliti menggunakan fabrik premium 100% kapas dan dihiasi dengan sulaman floral eksklusif. Dengan rangkaian warna yang luas, koleksi ini sesuai untuk sebarang suasana, daripada majlis santai hingga ke perayaan penuh glamor.

Penggambaran kempen raya ini telah dijalankan di Oxford Universiti, memberikan latar yang indah dan klasik bagi menampilkan keunikan serta kemewahan koleksi Raya Romantics.

Koleksi Raya Romantics hadir dengan variasi rekaan bagi lelaki dan wanita yang menonjolkan keselesaan dan gaya moden. Fabrik berkualiti tinggi serta perincian halus memastikan setiap helaian mampu menyerlahkan keanggunan si pemakai. Dengan harga bermula dari RM269 hingga RM459 dan saiz yang tersedia dari XS hingga 3XL, koleksi ini menepati pelbagai cita rasa dan keperluan.

Selain pelancaran koleksi fesyen, acara eksklusif Amber turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada barisan artis terkenal Malaysia. Aina Abdul, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, dan Anuar Zain turut membuat persembahan yang menambahkan lagi kemeriahan sambutan Raya Romantics. Keunikan acara ini bukan sahaja meraikan fesyen tetapi juga mengangkat seni hiburan tempatan ke tahap lebih tinggi.

Datuk Adzliana Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, menzahirkan rasa bangga dengan koleksi terbaru ini serta optimis terhadap sasaran jualan yang ditetapkan:

“Koleksi ‘Raya Romantics’ oleh Amber adalah satu manifestasi keindahan budaya dan inovasi fesyen moden. Setiap helaian direka dengan teliti bagi memastikan bukan sahaja gaya yang anggun, tetapi juga keselesaan yang tiada tandingan. Sebagai jenama di bawah Usanita, kami percaya dalam memperkasa jenama tempatan untuk terus bersaing dan berkembang di peringkat lebih tinggi.

“Dengan koleksi yang menampilkan rekaan elegan dan berkualiti tinggi ini, kami yakin Amber akan menjadi pilihan utama buat mereka yang ingin tampil bergaya sepanjang Aidilfitri ini.”

Beliau turut berkongsi keyakinan terhadap penerimaan luar biasa koleksi ini di pasaran dan mendedahkan sasaran jualan Amber untuk tahun ini:

“Tahun ini, kami mensasarkan jualan sebanyak 300,000 helai daripada koleksi ‘Raya Romantics’. Sasaran ini berpandukan kepada kejayaan koleksi sebelum ini serta permintaan yang semakin meningkat terhadap fesyen raya yang eksklusif dan berkualiti.

Koleksi Raya Romantics kini boleh didapati di Amber Flagship Store di Shangri-La, Kuala Lumpur, serta butik Amber di Wangsa Walk Mall. Selain itu, ia juga tersedia secara dalam talian di www.amberofficials.com.my dan di TikTok Shop melalui akaun @AmberModeOfficials. Tambahan pula, Amber akan menyertai festival fesyen raya seperti Celebfest Singapore dari 7 hingga 9 Mac 2025 dan Absolute Fest Gaya Raya dari 21 hingga 24 Mac 2025.

Dengan kempen eksklusif yang dirakam di London serta koleksi yang elegan, Raya Romantics oleh Amber bakal menjadi fenomena fesyen Aidilfitri tahun ini. Saksikan kempen video rasmi di laman sesawang dan media sosial Amber untuk menikmati keanggunan fesyen raya dalam suasana kota London yang penuh magis!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat