MCMC laksana waran tangkap atas individu fitnah Agong dan Majlis Raja-Raja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2025 – Seorang individu telah ditangkap selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja.

Kesalahan tersebut dibuat menerusi laman aplikasi Facebook miliknya.

Tangkapan ke atas suspek pada pukul 11:00 malam tadi dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Sepang.

Individu berkenaan gagal hadir ke sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah tersebut pada 24 Februari 2025.

Suspek yang kini dalam tahanan PDRM akan dihadapkan semula ke mahkamah sama dalam masa terdekat.

Dia akan didakwa di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Suspek ditangkap dalam operasi yang dijalankan secara bersama oleh MCMC dan PDRM.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat