Zahid Hamidi Seru Pemimpin Politik Sabah Berlapang Dada Dalam PRN

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Presiden Umno, Zahid Hamidi, menyeru semua pemimpin politik di Sabah agar bersikap terbuka dan bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) demi kepentingan rakyat, bukan sekadar mementingkan parti masing-masing.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menegaskan bahawa BN bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi membentuk gabungan yang mampu membawa kestabilan politik di Sabah.

Saya sangat terbuka untuk menjalin kerjasama, pintu tidak akan ditutup rapat tetapi jangan pula dibuka terlalu luas. Kami sangat fleksibel dalam mengadakan perundingan dengan parti gabungan (dalam kerajaan perpaduan) demi mencapai kestabilan politik Sabah.

Zahid turut menegaskan bahawa BN akan terus berunding dengan pelbagai parti politik dalam menghadapi PRN Sabah bagi memastikan rakyat mendapat manfaat terbaik daripada pilihan raya tersebut.

Rakyat perlu diutamakan supaya masalah politik dapat diselesaikan. Pemimpin parti perlu lebih terbuka, berlapang dada demi rakyat.

Beliau berkata demikian selepas melawat Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Persekitaran Kawasan Lido, Bandaraya Kota Kinabalu. Turut hadir ialah Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Ewon Benedick, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat