Pilih Yang Boleh Tolong, Jangan Pilih Yang Kelentong Kita – Najib

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tiada parti yang boleh memenangi hati rakyat Johor melainkan Barisan Nasional (BN) sahaja.

Beliau berkata, selama ini begitu ramai rakyat yang tertipu dengan pelbagai helah dan tipu daya Pakatan Harapan (PH).

“Pilihlah yang boleh tolong kita, jangan pilih orang yang kelentong kita. Bau hancing tak hilang lagi. Saya pun boleh bau lagi.

”Sebab apa masih bau? Sebab kita semua ‘dikencing’, ditipu mereka,” katanya penuh sinis.,” kata Najib yang berucap di depan ribuan penduduk di Taman Cendana, Pasir Gudang petang tadi hari ini.

Najib menegaskan dalam membantu rakyat tiada parti yang boleh melawan BN.

Dalam ucapannya, Najib menyelar PH yang menutup Klinik 1Malaysia, sedangkan rakyat hanya perlu bayar RM1 sahaja berbanding klinik swasta.

Beliau turut membidas PH yang menukar waktu operasi UTC di Pasir Gudang pada waktu pejabat berbanding sehingga waktu malam semasa pentadbiran BN.

“Orang macam ni tak boleh pakai langsung, kita campak mereka,” kata Najib yang menerima tepukan daripada penduduk.

Tidak kurang pula ramai yang terbeban dengan janji-janji kosong pakatan itu.

Najib berkata, beliau tidak peduli jika ada pihak yang kurang senang dengan kehadirannya di Johor.

“Saya tahu ramai yang tidak senang dengan kehadiran saya. Tapi saya bukan bertanding. Jadi ia bukan masalah saya.

“Siapa yang kata itu biarlah. Tengok sambutan hari ini bagaimana. Dia punya keseronokan, riak (penduduk) bagaimana.

“Tu dia punya pasal kalau tidak senang, bukan saya nak bagi dia senang. Saya datang nak bantu calon BN menang,” katanya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat