Anak Bekas MB Johor Allahyarham Osman Sapian Jadi Calon Parti Pejuang

- Advertisement -

MUAR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) buat pertama kalinya tampil mempertaruhkan calon mereka di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata semua calon yang dikemukan mempunyai latar belakang berbeza dengan 54 peratus merupakan mereka yang berusia 50 tahun ke bawah.

Menariknya pada pengumuman yang dibuat di Muar pada petang Khamis, anak sulung kepada bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Datuk Osman Sapian akan mempertahankan kerusi dimenangi bapanya di DUN Kempas manakala Ketua Pejuang Johor Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dicalonkan di DUN Machap.

“Daripada 42 calon yang diumumkan hari ini, seramai empat calon wanita turut dipertandingkan dan rata-rata calon yang kita ketengahkan merupakan mereka yang pertama kali menyertai parti politik.

“Memandangkan pilihan raya ini yang pertama ditandingi parti Pejuang, 100 peratus calon adalah muka baru dan ini merupakan tawaran Pejuang kepada pengundi Johor yang mana kami telah meneliti secara mendalam supaya dapat menubuhkan sebuah kerajaan yang mengikut selera rakyat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, dengan kriteria calon-calon yang dipertaruhkan parti itu yakin mampu melaksanakan tiga janji kepada warga Johor menerusi tema Aspirasi Johor yang diumumkan oleh Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

“Mengambil kira kriteria calon, ramai yang layak tetapi kita sedar bahawa kita hanya boleh meletakkan satu calon di setiap kerusi.

“Keputusan telah dicapai dan dengan calon-calon yang dipertaruhkan kita yakin Aspirasi Johor yang akan dibawa oleh parti ini dapat dilaksanakan,” tambahnya. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat