UMNO cadang rebut 42 daripada 56 kerusi DUN Johor – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO bakal merebut minimum 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” tegas Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO memberitahu jumlah yang disasarkan itu belum mengambil kira kerusi DUN bagi komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata, parti itu masih di peringkat perbincangan bersama rakan komponen dan akan memutuskan jumlah akhir tidak lama lagi.

“Kami menyasar minimum 42 daripada 56 kerusi DUN di Johor. Ini hanya mengambil kira UMNO sahaja,” katanya memetik BH di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.

Sebelum itu, Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad memberitahu BN negeri itu bercadang bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN akan datang.

Beliau berkata namun keputusan itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

“Sebagai parti di peringkat negeri kita telah pun mencadangkan untuk bergerak secara solo iaitu BN secara bersendirian, kita akan bertanding di semua 56 kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat