PRN Johor : Kerjasama Dengan Pas? MKT adakan Mesyuarat Khas – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan mengadakan mesyuarat khas bagi menyatakan pendirian sama ada bertanding secara solo atau bekerjasama dengan PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Memetik laporan Berita Harian Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pimpinan parti mengambil maklum pendirian Barisan Nasional (BN) Johor yang lebih cenderung untuk bertanding secara solo, tanpa kerjasama dengan PAS atau parti lain.

“Itu (kerjasama Muafakat Nasional dalam PRN Johor) belum kita putuskan, tapi mengikut apa yang disebut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Pengerusi BN Johor, mereka lebih cenderung untuk berseorangan.

“Jadi, kita akan bincang di peringkat jawatankuasa pusat dan akan putuskan dalam mesyuarat khas MKT kita mengenai bagaimana cara kita hadapi PRN Johor,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Jelasnya lagi pandangan BN Johor yang disuarakan Pengerusinya, Datuk Hasni Mohammad, akan diambil kira sebelum pimpinan tertinggi parti membuat keputusan mengenai pendekatan UMNO dalam PRN Johor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat