Zahid Hamidi Diarah Bela Diri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi memerintahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tuduhan membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Memetik laporan Astro Awani, Ahmad Zahid diberi tiga pilihan iaitu pertama, beliau boleh berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan; kedua, beliau boleh memberi kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Sementara pilihan terakhir, Ahmad Zahid memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Ahmad Zahid memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Berita lanjut menyusul

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat