Individu tak boleh rombak MN – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa masih mengharapkan “biduk lalu kiambang bertaut” dalam hubungan UMNO dan PAS yang diikat dalam Muafakat Nasional (MN).

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh dalam ciapan Twitternya mendoakan MN terus kekal.

“MN tidak boleh di rombak oleh individu,kerana ia keputusan dasar dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

“Ia juga aspirasi dokongan akar umbi,” tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu.

Annuar juga mengharapkan perpaduan ummah kekal utuh apabila UMNO dan PAS mendokong Muafakat Nasional ini.

Sebelum ini, UMNO Kelantan membuat keputusan untuk tidak lagi bersama dengan Pas negeri menerusi MN berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata UMNO membuat keputusan itu berikutan PAS Kelantan yang masih menjalin kerjasama dengan Bersatu dan tetap memilih parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, keputusan berkenaan mencapai kata sepakat daripada ahli UMNO negeri selepas mengadakan mesyuarat khas dengan PAS negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat