Tarian mencolok mata, Kerajaan Kelantan tunggu laporan lengkap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kelantan sedang menunggu laporan lengkap berhubung penganjuran majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa disajikan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan Hilmi Abdullah berkata, setakat ini penganjuran majlis itu tidak mempunyai lesen hiburan selain pihak penganjur tidak memohon permit hiburan.

“Pihak kita sedang menunggu laporan lengkap berhubung penganjuran majlis itu,” lapor BH di Kota Bharu pada Isnin.

Terdahulu media melaporkan, Kelantan membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa disajikan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, kelmarin.

Pada masa sama, sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) turut disiasat apabila dewan sekolahnya dijadikan lokasi majlis berlangsung dan melanggar peraturan negeri.

Hilmi berkata, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) sudah diarah melakukan siasatan itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat