Jual saham MAHB: “Jangan sampai kita berputih mata seperti Batu Puteh”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman mengingatkan kerajaan agar berwaspada agar negara tidak berputih mata dengan urus niaga pegangan saham Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).

Ujarnya, pengendalian 39 lapangan terbang negara yang amat strategik, akan berpindah tangan kepada pihak ‘berhati hitam dan berhati putih’.

Justeru beliau menyenaraikan beberapa implikasi antaranya segala pelaburan di masa depan akan dikongsi dengan konsortium tempatan dan luar negara.

“Segala keuntungan pada masa depan, akan dikongsi dengan konsortium tempatan dan luar negara (disalurkan ke mana, sudah tahu destinasinya).

“Begitu juga dengan data maklumat pada masa depan, akan dikongsi dengan konsortium tempatan dan luar negara. Termasuk segala strategi di masa depan, akan dikongsi dengan konsortium tempatan dan luar negara.

“Bahkan segala keuntungan pada masa depan, akan dikongsi dengan konsortium tempatan dan luar negara (disalurkan ke mana, sudah tahu destinasinya), segala data maklumat di masa depan, akan dikongsi dengan konsortium tempatan dan luar negara,” kata Syahir dalam catatan di Facebooknya pada Isnin.

Menurut beliau, MAHB, syarikat pengendali lapangan terbang seluruh negara yang amat strategik, mencatat keuntungan walau berdepan cabaran dan KLIA adalah permata utamanya.

“Terkini, tawaran pengambilalihan MAHB sedang dimuktamadkan, denga harga tawaran RM11 sesaham.

“Walaupun ada suara yang membantah, termasuk dalam kalangan ahli lembaga pengarah, namun suara yang bersetuju lebih dominan, termasuk dalam kalangan pelobi dan penguasa di Putrajaya.

“Jika dipersetujui, pegangan saham MAHB akan berpindah-milik secara ‘hitam putih’.

“Terkenang sejarah kehilangan Batu Puteh. Dahulu, menara kapal laut terlepas di kepulauan Batu Puteh. Hari ini, menara kapal terbang bakal terlepas di tangan Batu Hitam.

“Jangan sampai kita berputih mata. Dijajah, dijarah. Malaysia, belajarlah daripada sejarah,” tegas Syahir memberi peringatan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat