Pas bukan tak setuju PRU-16 cuma ‘restu’ pembangkang tak pernah diperlukan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari menegaskan beliau tidak pernah menyebut tidak setuju sekiranya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)
diadakan sekarang.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebaliknya berkata, persetujuan pihak pembangkang tidak diperlukan.

“Persetujuan kami di pihak pembangkang tidak diperlukan, tidak pernah mana-mana kerajaan di Malaysia dapatkan persetujuan pembangkang dulu untuk buat pilihan raya.

“Saya tidak pernah menyebut tidak setuju. Saya hanya menulis, “kasihan kepada rakyat, sewaktu rakyat bergelut dengan kos sara hidup semakin tinggi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata “jika buat PRU sekarang, kerajaan akan menang..” Nasiblah rakyat mendapat kerajaan seperti hari ini…” jelas Fadhli.

Ujar beliau, itu isu mentaliti Perdana Menteri, bukan isu setuju atau tidak pilihan raya.

“Kalau Perdana Menteri yakin sangat boleh menang, di mana sering dikatakan bahawa kerajaan sekarang tidak dapat melaksanakan banyak janji kerana bergabung dengan banyak pihak, nah, buat sahajalah,” gesa beliau.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyuarakan keyakinan Kerajaan Madani mempunyai kelebihan memenangi PRU16 jika diadakan dalam tempoh terdekat.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, keyakinan tersebut berdasarkan kerangka pentadbirannya yang mementingkan aspek pengurusan ekonomi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat