PLUS buka semula lorong kanan KM273.3-KM272.2 Ipoh arah utara yang benam

- Advertisement -

IPOH: Lorong kanan di antara KM273.3 dan KM272.2 di laluan antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuhraya Utara-Selatan di sini yang ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan, telah dibuka semula hari ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan hari ini berkata pembukaan jalan bermula sejak 5.30 pagi itu setelah kerja-kerja membaik pulih lubang benam (sinkhole) siap sepenuhnya di lokasi berkenaan.

“PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut.

“Pelanggan lebuh raya juga dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati terutamanya  pada musim hujan yang melanda ketika ini,” menurut kenyataan PLUS.

 

Untuk maklumat terkini mengenai perkembangan trafik di lebuh raya, sila rujuk @PLUSTrafik Twitter, aplikasi PLUS Mobile dan papan tanda elektronik PLUS di sepanjang lebuh raya atau menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat