Banjir: Paras Air Di Taman Sri Muda Semakin Susut

- Advertisement -

SHAH ALAM: Paras air di Seksyen 25, Taman Sri Muda, antara lokasi yang terjejas teruk akibat banjir semakin susut selepas pintu kunci air dibuka kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, beberapa unit pam air turut digunakan untuk mempercepatkan proses menyedut air ke sungai berhampiran.

“Saya juga menasihati orang ramai untuk mengutamakan keselamatan diri ketika banjir ini,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Melalui laporan Astro AWANI sejak pukul 6.30 pagi ini mendapati, orang ramai sudah boleh melalui kawasan itu dengan hanya menggunakan kenderaan ringan.

Namun demikian difahamkan, penduduk dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan perumahan itu termasuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sehingga jawatankuasa bencana memberi kebenaran.

Ia adalah bagi memastikan keselamatan penduduk dijamin sepenuhnya dan mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Juga difahamkan, kebenaran itu akan dikeluarkan dalam tempoh dua atau tiga hari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat