Mangsa banjir perlukan bantuan pulih semula kehidupan bukan nak tengok ‘drama’ NADMA vs MKN – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mangsa banjir tak mahu melihat ‘games salah menyalah’ antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebaliknya, memerlukan bantuan segera untuk memulihkan semula kehidupan mereka,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Kata beliau, sepatutnya agensi-agensi dan kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk membantu rakyat.

“Saya perhati ada kekecohan mengenai peranan MKN dengan NADMA berhubung pengendalian. Sesi menuding jari antara menteri-menteri dan ketua menteri sedang berlangsung.

“Mangsa banjir tak mahu tengok mereka main game salah-menyalah. Mangsa banjir sedih melihat game salah menyalah berlaku. Saya turut sedih.

“Mangsa banjir perlu bantuan segera dan bantuan untuk memulihkan kehidupan mereka,” catat bekas Perdana Menteri itu di Facebooknya pada Khamis.

Najib memberitahu, berikutan banjir besar tahun 2014, NADMA ditubuhkan pada tahun 2015 semasa saya PM bagi mengambil alih tanggung jawab pengurusan bencana alam dari MKN.

Jelasnya, Nadma pun ditubuhkan melalui pindahan perjawatan dari bahagian pengurusan bencana MKN, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan dari Unit Pengurusan Pasca Banjir ICU.

“Konsepnya serupa dengan Federal Emergency Management Agency (FEMA) di Amerika Syarikat sebab kami percaya sebuah agensi pusat yang khusus dan fokus pada pengendalian pengurusan bencana adalah lebih efektif dan lebih bersedia untuk memberi respon yang laju.

“Selaras dengan model ini, setiap negeri juga ada unit dan jawatan kuasa pengurusan bencana masing-masing yang diketuai kerajaan negeri.

“Jadi, ianya tidak betul untuk salahkan MKN pusat atau di peringkat negeri bagi pengurusan bencana banjir.

“Ianya juga tidak betul untuk kata NADMA tak memainkan peranan bagi bencana banjir. Nama pun sudah Agensi Pengurusan Bencana Negara dan ianya juga salah bagi kerajaan negeri untuk nafi tanggungjawab mereka dalam pengurusan dan pencegahan banjir dan hanya nak salahkan kerajaan pusat sahaja,” kata Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat