PKR Sarawak Tolak Peletakan Jawatan Larry Sng

- Advertisement -

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mengambil ketetapan untuk menolak peletakan jawatan Larry Sng Wei Shien sebagai Pengerusi PKR negeri itu.

Ketua Penerangan MPN, Abun Sui Anyit dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat MPN tergempar yang diadakan pada Selasa.

“Hasrat Larry Sng Wei Shien untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi MPN ditolak sebulat suara oleh semua ahli MPN Sarawak.

“Larry disokong dengan mandate yang penuh dan sebulat suara oleh semua ahli mesyauarat MPN Sarawak untuk meneruskan kepimpinannya sebagai Pengerusi MPN sehingga pemilihan PKR yang akan datang,” katanya.

Beliau juga meminta ahli PKR di Sarawak untuk bertenang dan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada semua kepimpinan parti dari peringkat pucuk pimpinan hingga ke cabang.
BACA: ‘Kenapa rebut jawatan Pengerusi PKR Sarawak pada mulanya?’

“PKR Sarawak juga menyeru kepada cabang-cabang dan ahli-ahli PKR di seluruh Sarawak untuk terus Bersatu dan menumpukan kepada usaha yang berterusan dalam memperjuangkan dan membela nasib rakyat di setiap cabang dan kawasan masing-masing,” katanya.

Pada Isnin, Larry Sng meminta pimpinan parti di peringkat pusat memilih calon baharu dalam kalangan pemimpin Dayak bagi mengetuai jentera parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri.

Larry yang juga Ahli Parlimen Julau berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau membuat pertimbangan mendalam.

Menerusi hantaran di akaun Facebook, Larry yang dilantik ke jawatan tersebut setelah pemecatan Baru Bian memberitahu, majoriti rakyat Sarawak adalah Dayak, yang mewakili 43 peratus penduduk, manakala masyarakat Melayu dan Cina hanya sekitar 24 peratus

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat