Tawar bayaran khidmat GRO ikut selempang, harga sehingga RM300

- Advertisement -

Oleh Mohd Zihan

GEORGETOWN – Seramai 22 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai Pelayan Pelanggan (GRO) diberkas dalam satu serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah premis pusat hiburan di Wisma Chong Khee Soon, Jalan Dr Lim Chwee Leong, di bandar raya ini, semalam.

Ketua Pengarah JIM , Datuk Ruslin Jusoh berkata, mereka antara 32 orang individu yang diperiksa ternyata sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan oleh anggota dan pegawai JIM menerusi serbuan dilakukan bermula jam 10.30 malam.

Beliau berkata, serbuan dilakukan hasil aduan awam dan risikan JIM berkenaan kegiatan pusat hiburan itu yang menawarkan wanita warga asing sebagai GRO.

Mereka telah ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen, terdiri daripada 5 wanita warganegara Vietnam, 15 wanita Thailand dan dua orang lelaki Thailand yang berpakaian serta perwatakan wanita.

Menurut Ruslin, ketika serbuan mereka sempat melarikan diri naik ke tingkat atas premis dan bersembunyi di dalam stor di tingkat dua yang gelap serta dipenuhi oleh barang-barang perabot dan barangan elektrik yang telah rosak.

Pegawai JIM terpaksa menyelongkar di celah-celah timbunan perabot yang rosak bagi mengesan kesemua suspek sehingga mereka berjaya ditangkap.

“Siasatan mendapati pusat hiburan ini telah memperdagangkan wanita asing untuk melayan dan sebagai teman berhibur dengan cara pelanggan membeli selempang yang berharga dari RM 100 hingga RM 300 untuk dihadiahkan kepada GRO yang dipilih.

Kesemua tahanan yang menyalahgunakan Pas Jangka Panjang, Pas Lawatan Sosial dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 akan ditempatkan di Depot Imigresen Juru untuk siasatan dan tindakan lanjut ”katanya.

“JIM akan terus melaksanakan operasi sebegini secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara, ” tegas Ruslin.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan diminta tampil untuk menyalurkan maklumat. – SUARA. TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat