Dr Akmal tempelak PAS tidak lah bersih mana

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mengingatkan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari agar tidak sombong kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dilaksanakan kerana kemenangan PAS dibatalkan gara-gara wujud elemen rasuah.

Dr Akmal malah menyatakan bahawa parti pembangkang pun tidaklah bersih kerana masih membudayakan amalan rasuah ketika musim kempen pilihan raya.

“Mungkin Ketua Penerangan PAS terlupa apa punca sebenar terjadinya PRK Kemaman ini agaknya.

“Tapi tak mengapalah,saya nak ingatkan sekali lagi,keputusan mahkamah untuk membatalkan kemenangan PAS di Parlimen Kemaman adalah disebabkan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15 oleh geng kamu.

“Ya unsur rasuah oleh geng kamu!Dana-dana yang ada tu jangan sampai kantoi ya.

“Tak adalah bersih mana pun,” bidas beliau di Facebook pada Khamis.

Dr Akmal malah mengingatkan agar PAS tidak lupa fakta itu.

Terdahulu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kepada sahabat-sahabat jentera Umnk di Kemaman, berpijaklah atas realiti.

“Jika ada kemungkinan Umno boleh menang di Kemaman, nescaya calonnya tentulah Datuk Seri Ahmad Said atau paling tidak Datuk Seri Ahmad Shabery Chik.

“Tetapi kerana mustahil untuk menang, diletakkan orang baru yang kalau kalah besar sekalipun, tidaklah malu sangat.

“Jadi, atas sebab realiti.. ‘dana-dana’ yang turun tu simpan sahajalah, tak payahlah belanja semua. Itu lebih baik daripada dihabiskan untuk misi mustahil ini. Tolong sampaikan kepada kawan-kawan Umno Kemaman yang anda kenali.

“Insya-Allah kita usahakan kemenangan besar untuk PAS dan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat