Syukri Sedia Galas Tugas Jika Diberi Kepercayaan Jadi Calon Parlimen Mersing

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kawasan Parlimen Mersing dijangka menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini apabila wujud desas desus mengatakan Muhammad Syukri Ibrahim bakal bertanding di kerusi tersebut, lapor Awani.

Menurut laporan itu, Syukri yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba kini dikatakan menjadi perbualan kepimpinan UMNO Pusat untuk menempatkan beliau di Parlimen berkenaan.

Mengulas perkara itu, Syukri yang dihubungi portal berkenaan menyatakan beliau akan cuba buat yang terbaik sekiranya diberi peluang untuk bertanding.

“Jika diberi kepercayaan oleh kepimpinan parti, saya akan galas sebaiknya untuk menyumbang satu kerusi bagi membentuk kerajaan,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Ikatan Anak Mersing serta ahli UMNO Bahagian Mersing itu juga dikatakan aktif melaksanakan program anak muda di kawasan itu.

“Selain beliau, wujud juga cakap-cakap yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib yang dikatakan turut bakal berentap di kerusi terbabit.

“Alwiyah sebelum ini menang di Endau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu dengan majoriti tinggi dalam pertembungan empat penjuru,” kata laporan itu.

Bagaimanapun setakat ini, perkara itu masih belum dapat disahkan sepenuhnya bagi menentukan siapa yang bakal mengambil alih tugas penyandangnya ketika ini, Datuk Abdul Latiff Ahmad (Bersatu) yang bersedia untuk memberi laluan kepada muka baharu, kata laporan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat